• AS tambah 3,000 lagi tentera di Afghanistan

    Published: Friday, 17 November 2017
    A- A+

    WASHINGTON: Amerika Syarikat menempatkan 3,000 askar tambahan di Afghanistan menurut strategi yang dikaji semula oleh Presiden Donald Trump di negara itu, kata Pentagon semalam.

    Pentagon sebelum ini meletakkan bilangan tentera AS di Afghanistan kira-kira 11,000 tetapi Trump, pada Ogos lalu membenarkan pertambahan yang diminta komander Jeneral John Nicholson.

    "Kami baru melengkapkan pertambahan tentera di Afghanistan. Jumlah baru anggota tentera AS di Afghanistan kini 14,000.

    "Mungkin lebih, mungkin kurang kerana ia disusun mengikut misi," kata Ketua Turus Staf, Leftenan Jeneral Kenneth McKenzie.

    Tentera tambahan akan membantu melatih dan menasihatkan pasukan keselamatan Afghanistan, yang berusaha menangani kebangkitan semula Taliban.

    Nicholson berkata, beliau memerlukan hampir 16,000 anggota tentera di Afghanistan, dan negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berjanji membantu mengatasi kekurangan. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " AS tambah 3,000 lagi tentera di Afghanistan "