• AS Tamat Kerjasama Dengan Bank China

    Published: Friday, 3 November 2017
    A- A+

    WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menamatkan kerjasama dengan Bank Dandong dari China atas dakwaan bank itu membantu Korea Utara, melanggar sekatan kewangan yang dikenakan.

    Washington pada Jun lalu telah memberi peringatan kepada cabang perniagaan lain bahawa mereka bercadang untuk mengambil tindakan dan ia akhirnya dikuatkuasakan, sejurus sebelum Presiden Donald Trump memulakan lawatan ke Asia.

    Beliau sebelum ini menuntut Beijing melaksanakan lebih banyak pendekatan untuk mendesak Korea Utara menghentikan program peluru berpandu nuklear mereka yang berupaya untuk terbang sehingga ke Amerika.

    Trump akan menyampaikan mesej ini kepada Presiden Xi Jinping di Beijing minggu depan, namun China dilihat keberatan untuk mengambil pendekatan seumpama itu ke atas Korea Utara.

    Sumber kerajaan AS memberi amaran, Trump tidak memberikan sebarang arahan untuk membatalkan serangan ke atas Kim Jong-Un bagi menghalang program nuklear beliau, walaupun pada dasarnya lebih memilih untuk berunding.

    Di sebalik penentangan terhadap Korea Utara, AS juga sebenarnya secara halus telah bertindak mengenakan sekatan kedua ke atas institusi asing, seperti Bank Dandong yang didakwa menyalurkan dana secara haram.

    Langkah itu ternyata membangkitkan kemarahan China tetapi penganalisis berkata, ia petunjuk penting kepada Beijing untuk menimbangkan semula strategi mereka. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " AS Tamat Kerjasama Dengan Bank China "