• AS desak China henti bekalan minyak Korea Utara

    Published: Thursday, 30 November 2017
    A- A+


    Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meminta Presiden China, Xi Jinping menghentikan bekalan minyak kepada Korea Utara.

    Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley berkata, Trump memberitahu pemimpin China itu sudah tiba masanya China menghentikan bekalan kepada Pyongyang.

    “Trump menerusi perbualan telefon awal hari ini memberitahu kita sudah sampai kepada keadaan China perlu menghentikan bekalan minyak ke Korea Utara,” kata Haley kepada Majlis Keselamatan PBB.

    Nikki Haley turut memberi amaran regim Korea Utara bakal ‘musnah’ jika perang meletus.

    Kenyataan itu dikeluarkan selepas Pyongyang melancarkan ujian Peluru Berpandu Antara benua (ICBM) semalam.

    “Jika perang meletus, jangan lakukan kesilapan, regim Korea Utara bakal musnah,” kata Haley ketika persidangan tergempar Majlis Keselamatan PBB.

    Pada masa sama, Haley turut menyeru semua negara agar memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Pyongyang susulan ujian ICBM itu.

    “Kami menyeru semua negara agar memutuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara,” katanya. – AFP

    Subjects:

  • No Comment to " AS desak China henti bekalan minyak Korea Utara "