• AS-China Meterai Perjanjian Perdagangan AS$250b

    Published: Friday, 10 November 2017
    A- A+

    BEIJING: Amerika Syarikat (AS) dan China menandatangani perjanjian perniagaan berjumlah lebih AS$250 bilion (RM1.04 trilion) pada sesi lawatan Presiden Donald Trump ke negara berkenaan.

    Penganalisis bagaimanapun berkata kerjasama itu memerlukan tempoh yang panjang untuk menampakkan hasil dan hanya memberikan sedikit manfaat untuk mengurangkan ketidakseimbangan dagangan kedua negara.

    Trump yang dilihat agak berlembut dengan China turut menyelar pentadbiran AS sebelum ini kerana membenarkan defisit dagangan berjumlah AS$350 bilion (RM1.46 trilion) meningkat sejak beberapa tahun lalu.

    "Saya tidak menyalahkan China. Saya meletakkan kesalahan ini atas ketidakcekapan pentadbiran sebelum ini kerana membenarkan China mengambil kesempatan ke atas perdagangan AS sehingga mengakibatkan negara kerugian lebih AS$100 bilion (RM419 bilion).

    "Bagaimana anda boleh menyalahkan China kerana mengambil kesempatan ke atas individu yang tidak tahu apa-apa? Saya juga akan berbuat yang sama," katanya.

    China ialah kemuncak lawatan Trump ke lima negara Asia yang akan berakhir Isnin depan.

    Dalam pertemuan bersama Presiden Xi Jinping, Trump turut memuji Jinping kerana menyokong sekatan dikenakan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Pyongyang dan rakyat Korea Utara. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " AS-China Meterai Perjanjian Perdagangan AS$250b "