• AS Beri Amaran Serangan Pengganas Di Eropah

    Published: Friday, 17 November 2017
    A- A+

    WASHINGTON: Amerika Syarikat, semalam amaran peningkatan ancaman pengganas semasa Krismas dan sambutan Tahun Baru di Eropah.

    Washington sudah lama mengeluarkan amaran itu kepada rakyatnya supaya berwaspada dengan serangan pelampau di bandar raya di Eropah, dan sejak beberapa tahun ini menyatakan bahaya berada di majlis perayaan.

    "Tahun lalu, serangan besar-besaran berlaku di pasar Krismas di Berlin pada Disember dan kelab malam di Istanbul, Turki pada sambutan Tahun Baru," menurut amaran terbaru itu.

    Tahun lalu, militan memandu trak merempuh pasar Krismas di Berlin, menyebabkan 12 maut manakala serangan di Istanbul meragut 39 nyawa.

    Jabatan Negara AS memberi amaran serangan baru-baru ini di Britain, Finland, Perancis, Russia, Sepanyol dan Sweden menunjukkan al-Qaeda dan Daesh kekal aktif dan berkemampuan.

    "Walaupun kerajaan tempatan berterusan melakukan operasi antikeganasan, jabatan ini masih bimbang dengan kemungkinan serangan pengganas.

    "Rakyat AS perlu sentiasa berhati-hati mengenai kemungkinan penyokong pengganas atau militan radikal mungkin melakukan serangan dengan sedikit amaran atau tiada langsung," menurut kenyataan. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " AS Beri Amaran Serangan Pengganas Di Eropah "