• Arsenal Melangkah Ke Saingan Kalah Mati Biarpun Sekadar Seri

    Published: Friday, 3 November 2017
    A- A+

    LONDON: Arsenal melangkah ke saingan kalah mati Liga Europa biarpun hanya meraih keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Red Star Belgrade dalam aksi Kumpulan H, awal pagi tadi.

    Kelab Liga Perdana Inggeris itu kini berada di tangga teratas kumpulan dengan 10 mata selepas empat perlawanan berlangsung dan kemenangan Cologne 5-2 ke atas BATE Borisov dalam aksi sama bermakna Arsenal telah berjaya mengesahkan tempat ke saingan seterusnya.

    Dalam perlawanan tersebut, penyerang Arsenal, Olivier Giroud dilihat terlepas banyak peluang untuk menjaringkan gol sekali gus menyebabkan The Gunners sekadar berpuas hati dengan keputusan 0-0

    Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menerima keputusan seri itu kerana kebanyakan pemainnya masih perlu menyesuaikan diri.

    “Kami kekurangan kualiti dalam mengawal bola sewaktu perlawanan ini.

    “Biarpun kecewa namun saya faham bahawa ramai pemain muda dalam pasukan yang masih belajar untuk menyesuaikan diri,” kata Wenger. - AGENSI



    Subjects:

  • No Comment to " Arsenal Melangkah Ke Saingan Kalah Mati Biarpun Sekadar Seri "