• Arab Tuduh Persatuan Ulama Taja Keganasan

    Published: Thursday, 23 November 2017
    A- A+


    DUBAI – Empat negara Arab yang memulaukan Qatar menambah 11 lagi individu dan dua entiti, termasuk sekumpulan besar sarjana Islam, ke dalam senarai hitam ‘pengganas’ bagi negara Teluk itu, lapor agensi berita SPA hari ini.

    Senarai itu kini termasuk Kesatuan Sarjana Islam Antarabangsa (IUMS) beribu pejabat di Qatar, yang dibentuk pada 2004 oleh ulama Ikhwanul Muslimin dan dipengerusikan tokoh terkenal, Sheikh Youssef al-Qaradawi.

    Kenyataan dikeluarkan Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain berkata, mereka juga menyenaraihitamkan Majlis Islam Antarabangsa (IIC).

    “Dua entiti yang tersenarai adalah pertubuhan pengganas yang mempromosikan keganasan menggunakan retorik Islam sebagai menutup tindakan menyokong aktiviti pengganas,” menurut kenyataan itu.

    Tindakan itu menegangkan lagi perbalahan antara empat negara berkenaan dengan Qatar, pengeksport minyak terbesar dunia dan hos kepada pangkalan tentera Amerika Syarikat terbesar di Asia Barat.

    Empat negara itu memutuskan hubungan dengan Qatar Jun lalu, menuduh ia menaja militan di Syria dan bersekutu dengan Iran, musuh tradisi rantau itu.

    Kuartet diketuai Arab Saudi itu juga memasukkan 11 individu ke dalam senarai termasuk pemangku pemimpin Ikhwanul Muslimin, Mahmoud Ezzat Ibrahim. – Reuters/BH ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Arab Tuduh Persatuan Ulama Taja Keganasan "