• Arab Saudi nafi laporan Putera Abdulaziz terbunuh

    Published: Wednesday, 8 November 2017
    A- A+
    Foto AFP
    RIYADH 8 Nov. - Arab Saudi menafikan laporan bahawa seorang putera raja mereka terbunuh ketika operasi membanteras kegiatan antirasuah dijalankan baru-baru ini.

    Terdahulu, Putera Abdulaziz bin Fahd yang juga putera kepada Almarhum Raja Fahd dilaporkan terbunuh semasa berada dalam tahanan susulan beberapa siri tangkapan akhir minggu lalu.

    Berita itu turut viral di media sosial berikutan penyebaran status yang disertakan bersama ‘hashtag’ #Putera Abdulaziz bin Fahd maut, sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

    “Khabar angin mengenai Putera Abdulaziz bin Fahd yang tersebar di media adalah tidak benar sama sekali.

    “Beliau masih hidup dan sihat,” kata jurucakap Kementerian Penerangan dalam satu kenyataan. -AFP


    Subjects:

  • No Comment to " Arab Saudi nafi laporan Putera Abdulaziz terbunuh "