• Arab Saudi Beri Amaran Kepada Tehran

    Published: Tuesday, 7 November 2017
    A- A+

    RIYADH: Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir memberi amaran kepada Tehran negara itu tidak akan bertolak ansur dengan apa juga bentuk pelanggaran keselamatan negara, berikutan serangan peluru berpandu oleh pemberontak yang disokong Iran.

    "Gangguan Iran di rantau ini menjejaskan keselamatan negara-negara jiran dan menjejaskan keamanan dan keselamatan antarabangsa.

    "Kami tidak akan membenarkan apa-apa pelanggaran terhadap keselamatan negara kami," tulis Jubeir di laman Twitter. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Arab Saudi Beri Amaran Kepada Tehran "