• Arab Saudi Arah Rakyat Tinggalkan Lubnan

    Published: Friday, 10 November 2017
    A- A+

    RIYADH: Arab Saudi menggesa rakyatnya meninggalkan Lubnan secepat mungkin beberapa hari selepas Perdana Menteri, Saad Hariri mengumumkan peletakan jawatan ketika melawat negara itu.

    Agensi berita Saudi Press memetik sumber kementerian luar meminta agar rakyatnya tidak mengunjungi negara itu tanpa menjelaskan butiran ancaman.

    "Kerajaan meminta warga Arab Saudi yang mengunjungi atau menetap di Lubnan agar meninggalkan negara itu secepat mungkin dan tidak mengunjungi negara itu, kerana keadaan politiknya," kata sumber itu.

    Pada 4 November lalu, Hariri mengumumkan peletakan jawatan menerusi televisyen dari Arab Saudi dengan mendedahkan 'cengkaman' Iran terhadap Lubnan dan mengancam hidupnya.

    Pengumuman mengejut itu membangkitkan kebimbangan Lubnan bakal berpecah kepada dua kem saingan yang diketuai Hariri dan pergerakan Hizbullah yang disokong Iran yang dikhuatiri boleh mencetuskan keganasan.

    Akhbar rasmi negara Teluk melaporkan, Hariri yang juga memegang kewarganegaraan Arab Saudi bersama-sama isteri dan anak-anaknya menetap di negara itu dan menghadap Raja Salman kini berada di Emiriah Arab Bersatu (UAE). - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Arab Saudi Arah Rakyat Tinggalkan Lubnan "