• Aplikasi WhatsApp Bantu Kumpul Dana

    Published: Thursday, 2 November 2017
    A- A+


    YANGON - MYANMAR. Lebih 60 anak muda Rohingya yang kini sedang menyambung pengajian di madrasah Qawmi di Bangladesh menggunakan platform aplikasi mesej WhatsApp untuk mengumpul dana bagi pelarian di Cox's Bazar dan membantah penganiayaan berterusan tatmadaw di Myanmar.

    Kumpulan diberi nama Kawan Rapat atau Kurubul Ahbab itu dibentuk bulan lalu dengan tujuan menyebarkan bantahan terhadap penindasan terhadap etnik minoriti Rohingya di Rakhine.

    Seorang ahlinya, Mohammad Elias berkata, kumpulan itu mempunyai seramai 63 ahli dengan umur yang hampir sebaya dan mereka datang ke Bangladesh dari Buthidaung pada 2013 dan 2014 untuk tujuan pendidikan.

    "Dana yang dikumpul tidak banyak kerana kami semua pelajar dan tidak mempunyai sumber pendapatan utama. Kami hanya mengumpulkan wang hasil gaji dan upah yang diterima daripada tuisyen yang kami jalankan.

    "Kami mengagihkan 4,500 Taka (RM229) dan 7,300 Taka (RM371) dalam dua fasa kepada beberapa keluarga di kem pelarian," katanya.

    Elias bagaimanapun memberitahu, tujuan pertama mereka tetap menuntut ilmu dan seterusnya membantu masyarakat yang ketinggalan kerana buta huruf lapor Dhaka Tribune. - Sinar Harian 

    Subjects:

  • No Comment to " Aplikasi WhatsApp Bantu Kumpul Dana "