• Anthony Nogeh Optimis Pertahan Parlimen Mas Gading

    Published: Wednesday, 8 November 2017
    A- A+

    Spekulasi bahawa bekas Ahli Parlimen Mas Gading, Datuk Dr Tiki Lafe akan membuat kemunculan buat kali kedua pada Pilhanraya Umum akan datang tidak akan mematahkan semangat Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Anthony Nogeh Gumbek untuk mengekalkan kerusi parlimen Mas Gading.

    Memetik laporan The Borneo Post, Anthony berkata jika diberi peluang beliau yakin mampu mempertahankan kerusi berkenaan untuk Barisan Nasional.

    "Saya tidak boleh mengulas mengenai hasrat Dr Tiki untuk kembali bertanding dalam pilihanraya. Kita cuma tunggu dan lihat," katanya

    Dr Tiki, yang merupakan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, akan bertanding kerusi itu buat kali kedua selepas dikalahkan oleh Nogeh pada pilihan raya umum lalu, di mana beliau bertanding di atas sebagai calon Bebas.

    Pada pilihan raya umum lalu, Nogeh, yang juga Setiausaha Agung Parti Demokrat Progresif (PDP), memenangi kerusi Mas Gading dengan majoriti 2,156 undi mengalahkan Dr Tiki dan dua calon lain iaitu Mordi Bimol dari DAP dan Patrick Anek Uren dari parti STAR. Nogeh mendapat sebanyak 8,265 undi. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Anthony Nogeh Optimis Pertahan Parlimen Mas Gading "