• Angin kencang di pantai timur Semenanjung, pantai barat Sabah

    Published: Tuesday, 28 November 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora untuk aktiviti perkapalan kategori kedua di kawasan perairan Condore, Reef North dan Layang-Layang, sehingga esok.

    Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak dijangka mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

    "Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan awal pagi tadi.

    MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, Reef South, Labuan, Palawan dan Sulu sehingga esok.

    Manakala amaran yang sama juga dikeluarkan untuk perairan negara dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, WP Labuan dan Sabah (Pantai Barat, Pedalaman, Kudat & Sandakan).

    Keadaan ini adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Angin kencang di pantai timur Semenanjung, pantai barat Sabah "