• Anak Kucing Diwarnakan Biru Sebelum Diberi Makan Kepada Anjing

    Published: Thursday, 30 November 2017
    A- A+

    Manusia jenis apakah yang sanggup memperlakukan haiwan comel seperti kucing sebagai satu hiburan dan akhirnya bertindak kejam dengan membunuhnya!

    Tanpa ada rasa bersalah ataupun rasa belas kasihan, anak kucing diwarnakan dengan dakwat kekal dan dicampakkan kepada anjing liar untuk dijadikan santapan. Sungguh kejam!

    Dua ekor anak kucing berusia empat minggu yang diwarnakan dengan pen dakwat kekal bagi ditandakan untuk menyertai satu sukan yang sangat kejam dan tidak berperikemaknusiaan! Anak kucing tersebut ditemui oleh sukarelawan dalam keadaan lemah dan terus dihantar ke pusat haiwan untuk perlindungan dan rawatan.

    Menurut salah seorang kakitangan Bradford Cat Watch Rescue Kittens Katie Lloyd, kod warna pada,anak kucing tersebut adalah sebahagian daripada aktiviti sukan yang tidak bertamadun, di mana haiwan comel itu akan dicampakkan ke arah sekumpulan anjing.

    Tidak tergambar akan kekejaman mereka itu, bagaimana manusia boleh bertindak sekejam itu, jika haiwan yang tidak berdosa dan sangat comel itu pun diseksa dan diperlakukan begitu kejam, tidak hairan lah jika sesama manusia mampu saling membunuh!

    Warna-warna pada badan anak kucing itu ditanda untuk memudahkan penonton membuat pertaruhan ke atas haiwan yang mereka pilih dalam menentukan yang mana akan dibunuh anjing dahulu.

    Insiden kejam seumpama itu dikatakan bukan kali pertama dilaporkan. Sekiranya anak kucing itu tidak diselamatkan, maka ia akan mati dalam masa satu atau dua jam. Dua anak kucing yang berjaya diselamatkan itu diberi gelaran Shrek dan Smurf oleh kakitangan pusat haiwan tersebut.

    Haiwan harus disayangi, bukan untuk disakiti. Jadilah manusia yang tahu akan belas kasihan dan saling menyayangi, bukan sesama manusia sahaja, bahkan kepada haiwan. - tv14

    Subjects:

  • No Comment to " Anak Kucing Diwarnakan Biru Sebelum Diberi Makan Kepada Anjing "