• Anak Jadi 'Pemberat' Atas Kereta

    Published: Friday, 3 November 2017
    A- A+

    MADISON, AMERIKA SYARIKAT: Seorang wanita ditahan polis selepas dia mengikat anaknya di atas bumbung kereta supaya kanak-kanak itu boleh memegang kolam plastik yang baru dibelinya.

    Amber Schmunk memberitahu polis, dia baru membeli sebuah kolam plastik tetapi ia tidak muat di dalam keretanya.

    Wanita itu kemudiannya menyuruh anak lelakinya yang berusia sembilan tahun naik di atas bumbung kereta dan memegang kolam plastik berkenaan.

    Orang awam yang terkejut melihat budak lelaki itu di atas kereta segera menghubungi polis.

    Ketika ditahan polis, Amber sudah menurunkan anaknya dan memandu ke rumah kakaknya.

    Apabila disoal, Amber, 28, mengaku dia menyuruh anaknya duduk di atas bumbung kereta untuk memegang kolam plastik itu.

    Katanya, dia berbuat demikian kerana keretanya terlalu kecil untuk memuatkan kolam plastik berkenaan.

    Menurutnya, dia juga mengambil langkah keselamatan dengan mengikat anaknya dengan tali di atas bumbung kereta.

    Bagaimanapun, polis tidak menghiraukan alasan wanita itu dan menahannya atas tuduhan memandu dengan cuai hingga membahayakan orang lain.

    Amber bakal didakwa di mahkamah pada 14 November ini dan berdepan hukuman penjara serta denda sekiranya didapati bersalah.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Anak Jadi 'Pemberat' Atas Kereta "