• Anak Hidap Tumor, Ibu Lari Tinggalkan Anak

    Published: Monday, 20 November 2017
    A- A+


    REMAJA lelaki ini menghidap tumor yang besar di bahagian mukanya hinggakan ibunya telah meninggalkannya kerana tidak tahan melihat wajah anaknya itu.

    Kambou Sie, menghidap tumor itu sejak berusia 11 tahun. Dia kini telah menginjak usia 17 tahun.

    Bapanya terlalu miskin untuk mendapatkan rawatan menyebabkan tumor itu semakin membesar hingga menutup mulutnya manakala mata Kambou tidak boleh dibuka.

    Bapanya kemudian meminta bantuan badan kebajikan di Ivory Coast dan dengan bantuan Liliane Foundation, dia kini menjalani kimoterapi untuk mengecilkan tumor tersebut.

    Dia juga diterbangkan ke Itali untuk menjalani rawatan yang lebih baik, iaitu sesuatu yang ditunggunya sejak enam tahun lalu.

    Pembedahan plastik untuk membuang isu mati di mukanya akan dijalankan tidak lama lagi.

    Manakala ibunya pula, telah kembali dan meminta maaf kepada Kambou kerana meninggalkan anaknya itu ketika Kambou amat memerlukan ibu dan bapa disampingnya. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Anak Hidap Tumor, Ibu Lari Tinggalkan Anak "