• Amerika Sahkan Berlaku ‘Pembersihan Etnik’ Rohingya

    Published: Thursday, 23 November 2017
    A- A+
    Tanpa mengenal erti putus asa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara berterusan menyuarakan krisis yang berlaku di Asia Tenggara terutama krisis di Myanmar kepada dunia adalah merupakan krisis kemanusiaan yang paling teruk pada masa kini.

    Najib begitu tegas menyatakan pendapat berhubung etnik Rohingya berdepan situasi penghapusan yang memerlukan kuasa besar dunia menangani segera isu tersebut. Ia adalah tanggungjawab sebagai pemimpin di Asia Tenggara yang perihatin terhadap keamanan sejagat.

    Atas inisitif Najib yang mahu masyarakat antarabangsa memandang serius isi tersebut, akhirnya Amerika mengakui krisis di Myanmar merupakan penghapusan etnik yang teruk menyebabkan masyarakat Rohingya dibunuh dan terpaksa melarikan diri ke negara jiran.

    Setiausaha Negara Amerika Rex W. Tillerson berkata, setelah dikaji dan diteliti, terdapat pembunuhan beramai-ramai yang melibatkan ratusan ribu Rohingya dilakukan oleh tentera Myanmar dan mengesahkan ia adalah krisis penghapusan etnik terhadap Rohingya.

    “Setelah analisis yang mendalam dan teliti ke atas fakta yang ada, jelaslah keadaan di negeri Rakhine utara merupakan pembersihan etnik terhadap Rohingya,” kata Tillerson menerusi satu kenyataan semalam.

    Menurutnya, Amerika mengecam penindasan dan pembunuhan yang dilakukan oleh tentera, pasukan keselamatan dan orang awam di Myanmar. Amerika telah mengkaji dengan teliti hasil siasatan badan bebas yang berada di bumj Myanmar dan begitu jelas etnik Rohingya dibunuh dan diusir dari Rakhine.

    “Amerika mahu Myanmar menghenti aktiviti penghapusan etnik dengan segera. Ia bercanggah dengan resolusi PBB dan tindakan akan diambil jika Myanmar tidak menghenti krisis tersebut. Malah Amerika akan bertindak mengikut undang-undang yang termaktub, termasuk kemungkinan menyasarkan sekatan,” katanya

    Beliau turut mengumumkan peruntukkan sebanyak US47 juta bagi membantu masyarskat Rohingya dan menjadikan jumlah yang telah disalurkan mencecah UD87 juta sejak Ogos tahun ini.

    Tillerson menegaskan, Amerika menyokong komitmen kerajaan Burma untuk mewujudkan keadaan yang diperlukan untuk semua pelarian untuk kembali ke rumah mereka secara selamat dan sukarela, dan mengalu-alukan pertukaran baru-baru ini antara kerajaan Burma dan kerajaan Bangladesh semasa penghantaran balik. Sokongan oleh tentera Burma untuk usaha-usaha kerajaan ini adalah sangat penting.

    “Ini adalah keadaan yang sukar dan rumit. Kebanyakan pihak berkepentingan perlu bekerjasama untuk memastikan kemajuan,” ujarnya. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Amerika Sahkan Berlaku ‘Pembersihan Etnik’ Rohingya "