• Selesai Segera Kerosakan Jalan Balak Nanga Dap

    Published: Wednesday, 1 November 2017
    A- A+
    Gambar Utusan Borneo
    Penduduk Nanga Dap Kanowit merayu pihak berkuasa dan wakil rakyat kawasan terbabit tampil menyelesaikan masalah jalan balak yang mengalami kerosakan teruk di kawasan terbabit.

    Memetik laporan Utusan Borneo, seorang penduduk tempatan berkata, jalan berkenaan merupakan jalan utama yang menghubungkan rumah panjang dan sekolah dikawasan tersebut.

    Menurutnya, keadaan permukaan jalan berkenaan yang bertanah kuning dan tidak berturap boleh membahayakan pengguna yang melalui jalan tersebut serta tidak mempunyai papan tanda keselamatan terutamanya pada musim hujan.

    "Kawasan jalan tersebut berselekoh dan beberapa kemalangan telah berlaku sebelum ini," katanya.

    Oleh yang demikian, mereka merayu agar Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) tampil mengambil tindakan segera sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku.-Sarawakiana
  • No Comment to " Selesai Segera Kerosakan Jalan Balak Nanga Dap "