• Ambil dadah untuk bertenaga di dapur

    Published: Thursday, 9 November 2017
    A- A+


    KOTA KINABALU: Ambil dadah supaya bertenaga ketika bertugas di dapur.

    Itu alasan seorang bekas tukang masak bagaimana dia mula terjebak dengan dadah selepas ditahan dalam serbuan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), malam tadi.

    Lelaki berusia 28 tahun itu adalah antara 30 individu yang ditahan berkaitan dadah dalam operasi sekitar bandar raya ini bermula jam 9 malam oleh AADK Kota Kinabalu.

    Selepas ditahan di kediaman keluarganya di Inanam kira-kira jam 11 malam, bekas tukang masak itu mendakwa mula mengambil dadah sejak tahun lalu kerana keperluan kerja dan menjadikannya lebih bertenaga.

    ''Pada asalnya saya mengambil dadah kerana keperluan tugas ketika masih bekerja sebagai tukang masak restoran mengikut syif. Apabila kerja syif malam, saya akan mengambil dadah untuk menjadikan badan lebih bertenaga.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Ambil dadah untuk bertenaga di dapur "