• Ambiga Sreenevasan, askar upahan RM20 juta

    Published: Monday, 13 November 2017
    A- A+
    Tulisan asal oleh:
    The Third Force, Malaysia Today, 12 November 2017

    Dato' Ambiga Sreenevasan sangat mengagumkan.

    Bekas pengerusi bersama Bersih sedang mengumpul sokongan orang ramai terhadap dakwaan yang menurut beliau dirancang untuk mengganggu dan menakut-nakutkannya. Walaupun beliau belum menamakan saya atau mana-mana pihak untuk perkara itu, sesiapa sahaja yang beliau merujuk kepada, beliau mengaitkan orang itu kepada Dato' Seri Abdul Hadi Awang, lelaki yang memfailkan saman fitnah terhadap Clare Rewcastle Brown pada 27 April 2017.

    Salah satu cerita ini yang membawa kepada saman Hadi terhadapnya di United Kingdom (UK). Saman itu, yang difailkan di Mahkamah Tinggi London, membabitkan dakwaan bahawa Presiden PAS disogok RM90 juta oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak. Pada 11 Oktober 2017, Clare Brown memfailkan penyata pembelaan dan tuntutan balas, dengan menamakan Ambiga sebagai orang yang memberitahunya bahawa Najib membelanjakan lebih kurang RM90 juta untuk menyogok beberapa pemimpin PAS sebagai balasan untuk bantuan politik.

    Sebaik sahaja saya membaca tuntutan balas itu, saya teringat apa yang sumber saya dari Amerika Syarikat (AS) pernah beritahu kepada saya. Menurut mereka, ketua editor Sarawak Report bakal melakukan sesuatu semata-mata untuk melambat-lambatkan perbicaraan sehingga selepas pilihan raya umum ke-14. Pada 3 Oktober 2017, rakyat Malaysia mendapat tahu apa yang berlaku. Pada hari itu, nama Ambiga Sreenevasan melonjak naik, sehinggakan sekiranya anda membuat carian di Google, anda akan diarahkan kepada artikel yang mengaburi moral dan kebaikan beliau.

    https://www.thethirdforce.net/wp-content/uploads/2017/11/Clare-Brown-Ambiga-The-Third-Force-1.jpg

    Sumber saya begitu pasti sekali, walaupun saya memilih untuk mengabaikan pandangan mereka berdasarkan perbicaraan di United Kingdom. Dan itu hanya membuatkan saya tertanya-tanya sama ada memang pengerusi bersama Bersih itu berkomplot untuk menyebabkan masalah antara Najib dan Hadi. Itulah sebabnya saya memintanya untuk membuat kenyataan mengenai dakwaan Clare dalam kenyataan tuntutan balasnya. Saya hanya mahu mengetahui bahawa sama ada beliau yang mula-mula membuka cerita mengenai ‘Najib menyogok Hadi dengan RM90 juta’ kepada ketua editor Sarawak Report.

    Bukannya sesuatu yang memudaratkan, bukan?

    Pada Ambiga, ianya memudaratkan. Jumaat lepas, pada 10 November 2017, beliau menggelar orang seperti saya sebagai pihak yang berkaitan dengan pihak yang mendakwa, yang bermaksud, saya mempunyai kaitan dengan Hadi dalam bagaimana cara pun. Untuk menjelaskan keadaan, Hadi adalah pihak yang mendakwa dalam perbicaraan di UK itu, memandangkan beliau yang memfailkan saman fitnah terhadap Clare dengan Mahkamah London. Dalam sekejap mata, Ambiga mengubah saya dari pihak yang berkenaan kepada pihak yang mempunyai kaitan dengan pihak yang mendakwa hanya kerana saya bertanya soalan yang berkaitan dengan Clare.

    Ya, amat menakjubkan betapa sensitifnya Ambiga menjadi setiap kali anda menyebut namanya dengan Clare. Tanyalah apa-apa mengenai Ketua Editor Sarawak Report, dan beliau menuduh anda sebagai rakan subahat Hadi.

    https://www.thethirdforce.net/wp-content/uploads/2017/11/Ambiga-Clare-Brown-The-Third-Force.jpg

    Menariknya, ini adalah Ambiga yang sama yang memberitahu semua orang pada Jumaat lalu bahawa orang seperti saya mengganggu dan menakut-nakutkannya. Menurutnya, perbuatan mengganggu dan menakut-nakutkan ini "sama seperti menghina (mahkamah)" kerana beliau kini menjadi saksi yang berpotensi untuk kes London. Dalam erti kata lain, Ambiga mengatakan bahawa bertanya apa-apa tentang Clare kepadanya adalah ‘sub judicial’, kerana beliau (Ambiga) kini mungkin akan dikehendaki untuk ke Mahkamah London untuk menceritakan kisah dari sisinya.

    Hanya buat sementara waktu, marilah kita mengandaikannya sebagai benar.

    Berdasarkan keadaan itu, bukanlah tindakan menggelar orang seperti saya sebagai pihak yang mempunyai kaitan dengan pihak yang mendakwa sama dengan ‘sub judicial’? Jangan lupa, bahawa pihak yang mendakwa - Hadi - adalah penting dalam kes yang mana Ambiga kini menjadi saksi yang berpotensi. Jadi beritahu saya, kenapa mesti peraturan itu hanya diguna pakai ke atas saya dan bukan ke atasnya? Mengapa ianya menjadi ‘sub judicial’ hanya apabila orang seperti saya – yang tidak terikat oleh perundangan British - menyoal Ambiga dan bukan apabila beliau memfitnah Hadi?

    Adakah ini masuk akal?

    Dan janganlah kita lupa bahawa memandangkan beliau menggelar saya sebagai pihak yang mempunyai kaitan dengan pihak yang mendakwa, beliau kini bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai kaitan dengan Dato' Seri Abdul Hadi Awang, seorang lelaki yang tidak pernah saya temui, apalagi bercakap dengan atau mempunyai sebarang kaitan dengan. Beliau juga bertanggungjawab membuktikan bahawa apa sahaja yang saya tulis setakat ini tentangnya, ia ditulis dengan prasangka dan merupakan ‘sub judicial’ kepada sebuah kes yang kini di bawah pertimbangan kehakiman di London.

    https://www.thethirdforce.net/wp-content/uploads/2017/11/Ambiga-Prostitute-3-The-Third-Force.jpg

    Dan jangan salah faham. Apa yang saya maksudkan dengan pelacur (prostitute) adalah sifat anda yang "menyalahgunakan bakat anda atau untuk berkelakuan tidak sesuai untuk mendapatkan keuntungan peribadi atau kewangan,". Dan ya, anda melakukan ini untuk keuntungan kewangan. Malah, anda sudah mempunyai aset pelbagai kategori dengan jumlah RM20 juta yang kini diamanahkan kepada syarikat dan orang yang mempunyai kaitan dengan anda.

    Katakanlah yang saya salah.

    Link asal artikel:
    http://www.malaysia-today.net/ambiga-sreenevasan-the-rm20-million-mercenary-for-hire/
    [3:36 PM, 11/13/2017] +60 17-676 7414: 10 Tempat Terbaik di Dunia Untuk Pesara Pada Tahun 2017 Menurut International Living

    Tulisan asal oleh:
    Forbes

    6. Malaysia

    Menurut International Living, negara Asia ini dikenali kerana "878 pulau-pulaunya yang indah, pantai-pantai yang menakjubkan dan hutan hujan yang terpelihara." Ia adalah negara yang mempunyai pelbagai budaya dan menjadi rumah kepada campuran orang Melayu, Cina, India, Eropah dan Amerika.

    Kos hidup di sini adalah rendah, penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi dan koresponden IL Malaysia Keith Hockton berkata "makanan di sini bukan sahaja kelas pertama, tetapi bertaraf dunia - dan aktiviti membeli-belah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, di mana saya tinggal, adalah sangat menakjubkan."

    Link asal artikel:
    http://www3.forbes.com/business/international-livings-10-best-places-to-retire-around-the-world-in-2017/6/

    Subjects:

  • No Comment to " Ambiga Sreenevasan, askar upahan RM20 juta "