• Amaran Letusan: Penduduk Bali Diarah Berpindah

    Published: Wednesday, 29 November 2017
    A- A+


    BALI, INDONESIA: Penduduk yang masih berada di kawasan bahaya letusan Gunung Agung diperintah berpindah secepat mungkin susulan amaran letusan besar terkini.

    Menurut laporan CNN, Lembaga Pengurusan Bencana Kebangsaan Indonesia (BNPB) menggesa kira-kira 100,000 yang masih tinggal di zon bahaya supaya melarikan diri secepat mungkin.

    "Tak semua penduduk di radius letusan telah berpindah. Sehingga kini masih ada ramai penduduk yang berkurung di kediaman mereka," kata agensi tersebut.

    Antara alasan yang digunakan penduduk untuk tidak berpindah adalah untuk melindungi kebun dan haiwan ternakan.

    Jurucakap BNPB, Sutopo Purwo Nughoro mengatakan terdapat pergerakan seismik di sekeliling gunung berapi berkenaan, menandakan akan berlaku letusan baharu.

    Hari ini, gunung berapi tersebut terus memuntahkan asap tebal tanpa henti.

    Malam semalam, sinaran api kelihatan di kawah gunung berkenaan, berdasarkan posting BPNB di laman Facebook mereka.

    -Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Amaran Letusan: Penduduk Bali Diarah Berpindah "