• Aktif Daftar Ahli Tunjang Kekuatan PBB Pantai Damai

    Published: Saturday, 25 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Aktif mendaftarkan ahli menjadi tunjang kekuatan kepada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Pantai Damai melakar majoriti tinggi sama ada pilihan raya negeri (PRN) atau pilihan raya umum (PRU).

    Ketua PBB Cawangan Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, setakat Oktober tahun ini PBB Cawangan Pantai Damai mempunyai lebih 16,000 ahli menerusi 41 ranting.

    "Kita (PBB Cawangan Pantai Damai) tanpa henti mendaftarkan ahli baharu," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan PBB Cawangan N.4 Pantai Damai di sini, hari ini.

    Beliau yang juga Menteri Muda Utiliti dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata, kejayaan meraih majoriti tinggi pada PRN dan PRU lepas turut disokong usaha keras sayap PBB Cawangan Pantai Damai yang terdiri daripada Bapa, Wanita dan Pemuda.

    Menurutnya lagi, pada PRN lepas Barisan Nasional (BN) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai meraih majoriti 9,260 undi manakala 9,000 undi pada PRU.


    Dr Abdul Rahman menjelaskan, ahli PBB Cawangan Pantai Damai turut berjuang sepenuh hati selain bekerja sebagai sebuah pasukan.

    Pada masa sama beliau turut mengingatkan individu dipilih sebagai exco PBB Cawangan Pantai Damai untuk menjalankan amanah dengan sebaik mungkin.

    "Rakan seperjuangan telah memberi amanah dan kepercayaan kepada anda, jadi laksanakan tanggung dengan baik dan penuh dedikasi," ujarnya.

    Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dijadualkan menyempurnakan majlis penutupan mesyuarat agung perwakilan yang berlangsung dua hari itu.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Aktif Daftar Ahli Tunjang Kekuatan PBB Pantai Damai "