• Akaun Twitter Trump Hilang Seketika

    Published: Friday, 3 November 2017
    A- A+


    WASHINGTON - Akaun Twitter Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan lenyap seketika beberapa jam lalu.

    Pelawat ke halaman tersebut hanya dapat melihat mesej yang tertera ayat ‘maaf, halaman itu tidak wujud’ selama hampir 11 minit sebelum berjaya dipulihkan semula.

    Trump yang merupakan pengguna Twitter aktif dengan 41.7 juta pengikut bagaimanapun tidak mengulas mengenai masalah itu.

    Syarikat media sosial berkenaan mengesahkan sedang menyiasat perkara itu yang dikatakan berpunca daripada kesilapan salah seorang bekas kakitangannya.-REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Akaun Twitter Trump Hilang Seketika "