• AirAsia Ikrar Sokongan Bantuan Pengangkutan Ke P.Pinang

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR – Pengendali penerbangan tambang rendah, AirAsia, mengumumkan syarikat itu akan menyokong usaha bantuan banjir Pulau Pinang dengan menawarkan bantuan kepada pertubuhan bukan membuat keuntungan, yang memerlukan pengangkutan udara untuk mengangkut barang bantuan serta menerbangan petugas perubatan ke Pulau Pinang.

    “Kami sedih atas tragedi banjir di Pulau Pinang dan kami berjanji untuk melakukan apa yang kami mampu bagi membantu meringankan kesengsaraan yang dialami oleh penduduk Pulau Pinang.

    “AirAsia komited dengan falsafah bahawa tiada perbadanan boleh hidup berasingan daripada komuniti dalam perkhidmatannya, dan sudah menjadi tanggungjawab kami untuk membantu ketika diperlukan,” kata Pengerusi Eksekutif AirAsia Bhd, Datuk Kamarudin Meranun.

    Agensi bantuan yang memerlukan pengangkutan udara untuk mengangkut barangan bantuan dialu-alukan untuk mengemukakan permintaan kepada tofoundation@airasia.com, dan arahan mengenai pengiriman dan keperluan kargo akan diberikan selepas dinilai, katanya.

    Petugas perubatan, yang dikehendaki berada di Pulau Pinang, juga boleh mengemukakan permintaan kepada foundation@airasia.com untuk tujuan penerbangan, kata Kamarudin, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif KumpulanAirAsia X.

    Orang ramai boleh melayari Facebook AirAsia (facebook.com/AirAsia) dan Twitter (twitter.com/AirAsia) untuk mendapatkan maklumat mengenai usaha bantuan AirAsia, katanya. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " AirAsia Ikrar Sokongan Bantuan Pengangkutan Ke P.Pinang "