• Aiman Tino Keluarkan Pakaian Seragam Sekolah

    Published: Saturday, 18 November 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Penyanyi muda sensasi, Aiman Tino mencipta sejarah apabila kini mengorak langkah lebih jauh dalam bidang perniagaan dengan mengeluarkan produk pakaian seragam sekolah.

    Produk di bawah jenama Sweet Aiman Junior itu merupakan kerjasama strategik antara Sweet Aiman dan syarikat kosmetik, Wonder Glow Cosmetics Sdn. Bhd. (Wonder Glow).

    Aiman memberitahu, dia menyahut cabaran Wonder Glow itu mengambil langkah berani untuk mempelbagaikan bidang perniagaan kerana mahu merealisasikan impiannya menjadi usahawan muda berjaya.

    Jelas Aiman, sikap kreatif dan berani meneroka pasaran baharu perlu ada dalam diri usahawan bumiputera di negeri ini.

    “Langkah Aiman mempelbagaikan bidang agar sebagai usahawan muda, Aiman perlu lebih kompeten dan berdaya saing dalam meningkatkan dan menambahkan keupayaan dan pendapatan,” katanya di sini semalam.

    Majlis pelancaran Sweet Aiman Junior itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P.Kamalanathan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah di sini, semalam.

    Turut hadir, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Wira Dr.Ameer Ali Mydin dan Ketua Pegawai Eksekutif, Wonder Glow, Datuk Mohd. Izal Jamaludin.

    Sebelum ini, Aiman yang mula mencipta nama menerusi lagu Ku Rela Dibenci mengeluarkan tiga produk kesihatan dan kecantikan daripada Aiman Tino iaitu 3D Cream DD mineral Cushion, Candy Cherry Brite dan

    Cherry Brite HD pada Mac lalu.

    Penyanyi berusia 19 tahun itu juga turut memperkenalkan kurta yang dikenali Qurta by Sweet Aiman Fashion pada Ramadan lalu.

    Aiman memberitahu, bidang keusahawanan merupakan bidang yang luas untuk diterokai dan mampu menjanjikan pulangan yang lumayan.

    “Walaupun pelbagai cabaran terpaksa dihadapi tetapi usahawan perlu inovatif dalam meminimumkan risiko dan meluaskan potensi produk.

    “Aiman juga perlu meneroka bidang keusahawan baru, kaedah pembungkusan produk, perkhidmatan terkini, strategi pemasaran dan pasaran baharu termasuk menggunakan media sosial,” kata anak keempat daripada 10

    beradik itu.

    Sementara itu, Aiman memberitahu, yang dia memilih Sekolah Menengah Ampang Pecah sebagai lokasi pelancaran Sweet Aiman Junior kerana ia merupakan sekolahnya.

    “Sudah tentu Aiman merasakan hari ini adalah paling istimewa dalam hidup Aiman kerana dapat melancarkan produk uniform sekolah dis ekolah yang saya pernah menuntut satu ketika dulu,” katanya.

    Produk uniform yang merangkumi baju, seluar dan baju kurung sudah berada di lapan pasar raya beli belah Mydin sejak 14 November lalu dengan harga serendah RM21. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Aiman Tino Keluarkan Pakaian Seragam Sekolah "