• Ahmad Lai Cadang Pedofil Dicap Dengan Besi Panas

    Published: Wednesday, 29 November 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Seorang ahli Parlimen Barisan Nasional mencadangkan bahawa pelaku jenayah seksual terhadap kanak-kanak, perlu ‘dicap’ dengan besi panas.

    “Boleh saya cadangkan lelaki yang melakukan apa-apa (jenayah seksual terhadap kanak-kanak)… ambil batang besi yang panas dan ‘capkannya’ pada tubuh pesalah supaya dia merasakan kembali kesakitan dan penderitaan mangsa,” kata Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang semasa sesi soal jawab di Parlimen. Rabu.

    Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Dun tidak menjawab cadangan itu memandangkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Ismail Mohamad Said beralih ke soalan seterusnya.-MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Ahmad Lai Cadang Pedofil Dicap Dengan Besi Panas "