• Advocaat akan lepas jawatan bulan ini

    Published: Thursday, 9 November 2017
    A- A+


    AMSTERDAM: Jurulatih Belanda, Dick Advocaat semalam membuat kenyataan akan meletak jawatan sejurus selesai dua perlawanan persahabatan yang berlangsung bulan ini.

    Pengendali berusia 70 tahun itu mengambil alih jawatan daripada Danny Blind pada pertengahan tahun tetapi gagal membantu mengubah nasib pasukan kebangsaan Belanda yang gagal layak ke Piala Dunia Russia 2018.

    "Ini dua perlawanan terakhir saya, selepas ini saya akan berhenti," katanya sejurus tiba di Aberdeen untuk aksi persahabatan menentang Scotland lewat hari ini.

    Skuad Belanda, yang juga naib juara Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan dan pemenang ketiga Piala Dunia Brazil 2014 juga dijadual bertemu Romania di Bucharest, Selasa ini. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Advocaat akan lepas jawatan bulan ini "