• ADUN Tamparuli Cadang Kerajaan Bina Pusat Kanser

    Published: Tuesday, 21 November 2017
    A- A+


    KOTA KINABALU — Kerajaan Persekutuan dicadang membina sebuah Pusat Kanser Negara di Sabah untuk kemudahan pesakit kanser di negeri ini yang memerlukan rawatan rapi, kata Datuk Wilfred Bumburing (APS-Tamparuli).

    Beliau berkata pusat itu perlu berikutan peningkatan pesakit kanser di negeri ini dan mereka terpaksa pergi sama ada di Kuala Lumpur atau Kuching, Sarawak untuk menjalani rawatan rapi.

    “Bayangkanlah (jika pesakit daripada golongan kurang berkemampuan), ada masalah (kewangan), (bukan mudah) untuk ke sana (menjalani rawatan),” katanya ketika membahaskan Bajet Negeri Sabah 2018 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini.

    Katanya beliau tertarik dengan pembinaan Pusat Kanser Negara di Sungai Petani, Kedah bernilai RM500 juta seperti diumumkan dalam Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

    Sementara itu, Bumburing juga mahu kerajaan memberikan elaun setimpal kepada setiap anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang ditugaskan membantu operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

    Beliau berkata elaun berkenaan adalah perlu berikutan tugas membantu Esscom meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan terbabit bukanlah satu kerja mudah. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " ADUN Tamparuli Cadang Kerajaan Bina Pusat Kanser "