• Adele Tolak Bayaran RM5j Persembahan Di Asia Barat

    Published: Wednesday, 1 November 2017
    A- A+


    DIA berada di kedudukan kelapan dalam senarai Sunday Times Young Rich List pada tahun lepas dan hartanya dianggarkan bernilai RM700 juta. Mungkin sebab itu Adele menolak bayaran RM5 juta untuk membuat persembahan di Asia Barat.

    Tawaran itu dibuat oleh seorang jutawan Arab namun Adele menolaknya kerana dia sibuk menanam pokok di tamannya, minggu ini.

    Adele yang membahagikan masa antara Sussex, London dan Los Angeles dengan suami dan anaknya yang berusia empat tahun, Angelo, begitu sibuk pada tahun lepas dan suku pertama tahun ini untuk siri konsert jelajahnya.

    Justeru Adele mahu memperlahankan kariernya dan menikmati rehat serta cuti secukupnya.

    “Adele sangat berhati-hati dengan wangnya dan dia tidak akan membazirkannya. Ia adalah bukti bahawa beliau merupakan salah seorang bintang dalam industri hiburan,’’ kata sumber kepada The Sun.

    Terdapat khabar angin bahawa penyanyi lagu Hello itu ditawarkan kontrak 12 bulan di hotel The Wynn dengan bayaran RM2.14 juta untuk setiap persembahan. – Mynewshub.cc

    Subjects:

  • No Comment to " Adele Tolak Bayaran RM5j Persembahan Di Asia Barat "