• Adakah Sarawak Benar-Benar Bersedia Autonomi Pendidikan?

    Published: Friday, 3 November 2017
    A- A+

    Hak autonomi mahupun penurunan kuasa kepada Sarawak merupakan perkara yang begitu hangat diperkatakan kebelakangan ini sehingga beberapa pihak menubuhkan kumpulan untuk memperjuangkannya seperti yang tercatit dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

    Turut sama parti pembangkang yang mengambil kesempatan ke atas isu berkenaan dan menghentam kerajaan dengan pelbagai propaganda politik untuk meraih sokongan politik.

    Hubungan yang baik yang terjalin antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat dalam membincangkan isu tersebut secara rasional membolehkan penurunan kuasa dilakukan secara berfasa. Ini membuktikan kerajaan bertindak secara rasional dan kerajaan pusat tetap mementingkan kehendak Sarawak.

    Pada masa sama pihak tertentu dan pembangkang menegaskan agar guru terdiri daripada anak Sarawak diberi keutamaan untuk mengajar di negeri ini dan menolak guru daripada Semenanjung.

    Kerajaan Sarawak mengambil keputusan melantik menteri pendidikan sendiri bagi menstruktur pendidikan negeri dengan cara tersendiri.

    Persoalannya kini, adakah Sarawak benar-benar bersedia melaksanakan struktur pendidikan sendiri memandangkan pelbagai masalah timbul akhir-akhir ini.

    Memetik laporan Utusan Borneo semalam , Menteri Pendidikan Sarawak Datuk Micheal Manyin berkata untuk Sarawak mencapai guru yang berkualiti dengan nisbah 90:10 tidak mungkin akan terlaksana pada tahun depan.

    Laporan tersebut mengundang kecaman daripada pelbagai pihak termasuk netizen dan pembangkang.

    Sebelum ini, pihak yang sama turut mendesak agar semua guru dari Sarawak mengajar di negeri ini, manakala guru asal Semenanjung perlu kembali mengajar di Semenanjung. Langkah itu dikenalpasti untuk memastikan 90 peratus dari Guru yang mengajar di Sarawak terdiri dari anak tempatan.

    Rupanya dengan ‘mengusir’ Guru-Guru asal Semenanjung kembali ke negeri masing-masing telah menyebabkan Sarawak mengalami kekurangan Guru dengan jumlah yang mendesak. Kenyataan Menteri terbabit seolah membuktikan langkah itu antara yang menjadi punca Sarawak kekurangan Guru.

    Hari ini di media sosial, pihak yang awalnya mencadangkan 90:10 turut kembali mengecam kerajaan Sarawak. Namun pihak berkenaan hanya berani mengecam dan tidak pula memiliki cadangan yang bernas untuk mengatasi masalah yang berlaku.

    Rentetan daripada masalah yang timbul, ada segelintir rakyat mula mempersoal kesediaan kerajaan Sarawak melaksana autonomi pendidikan jika kerajaan pusat mengembalikannya. Sedangkan kita sentiasa mendabik dada dengan slogan "Sarawak for Sarawakian".

    Adakah itu satu petunjuk pihak kerajaan Sarawak belum bersedia melaksanakan suatu yang menjadi kuasa autonomi?

    Subjects:

  • No Comment to " Adakah Sarawak Benar-Benar Bersedia Autonomi Pendidikan? "