• Adakah Cinta Zul Ariffin & Gayatri Kembali Bertaut?

    Published: Friday, 10 November 2017
    A- A+



    KETIKA tercalarnya percintaan antara Zul Ariffin dan Zahriah MacWilson, timbul pula kisah baharu kononnya hubungan aktor itu dengan individu yang pernah dikaitkan sebelum ini bertaut semula.

    Adakah Zul kembali menyulam cinta dengan penerbit filem J Revolusi iaitu Gayatri Su-Lin Pillai kerana pasangan ini dilihat muncul di kampung halaman Zul di Taiping, Perak beberapa hari lalu.

    Zul terlibat dalam penggambaran filem Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid di sebuah hutan di Taiping sementara Gayatri ialah penerbit filem berkenaan.

    Zul dikatakan turut menghabiskan masa terluang bersama Gayatri selepas peminat terserempak mereka keluar berdua.

    "Pada mulanya saya macam tidak percaya, tapi setiap hari saya tengok drama Titian Cinta, saya yakin itu Zul tapi saya terkejut perempuan sebelah itu bukan Zahirah tapi Gayatri," ujarnya kepada mStar Online.

    Kata peminat itu, dia nampak Zul dan Gayatri di sebuah hotel keluar bersama menaiki kereta Mercedes hitam dipandu aktor itu.

    Selain mereka berdua, kru, pelakon dan pihak media yang membuat liputan turut menginap di hotel yang sama.

    Tidak dipastikan adakah hubungan mereka ketika ini sebagai rakan sesama industri atau sebaliknya kerana kedua-dua mereka terlibat dalam projek filem berkenaan.

    Zul pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Gayatri pada tahun 2012, bagaimanapun hubungan tersebut dilaporkan terputus dan kini dia bercinta dengan Zahirah.

    Namun percintaan itu agak rumit apabila Zahirah mendedahkan pelakon Kamal Adli cuba menggodanya sehingga membuatkan hubungan Kamal dengan kekasih iaitu Emma Maembong menjadi kontroversi.-mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Adakah Cinta Zul Ariffin & Gayatri Kembali Bertaut? "