• Abramovic Siasat Sendiri Hubungan Pengurus-Pemain

    Published: Wednesday, 8 November 2017
    A- A+




    PEMILIK Chelsea Roman Abramovich  'turun padang' menyiasat mengenai laporan yang mengatakan timbul masalah  di antara pengurus dan pemain.

    Jutawan Rusia itu turut berada ketika sesi latihan kelab berikutan pelertakan jawatan Pengarah Teknikal Michael Emenalo pada Isnin.

    Sportsmail difahamkan, kehadiran Abramovich ke Pusat Latihan Cobham minggu lalu adalah untuk menjawab pertanyaan mengenai hubungan Antonio Conte dengan skuadnya.

    Selepas itu dengan Diego Costa sebelum menjualnya musim ini, timbul pula persoalan hubungan tegang Conte dengan David Luiz.

    Pemain Brazil itu tidak disenaraikan ketika aksi bertemu Menchester United awal pagi Isnin lalu.
    Abramovich menyedari semua masalah yang timbul dalam kelabnya.

    Hubungan tegang antara pengurus dan pemain bukan perkara baharu di Chelsea.Pada tahun 2015, Jose Mourinho dipecat selepas timbul masalah dirinya dengan pemain.-mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Abramovic Siasat Sendiri Hubungan Pengurus-Pemain "