• Abang Nicki Minaj Didakwa Rogol Anak Tiri

    Published: Friday, 10 November 2017
    A- A+


    ABANG kepada penyanyi Nicki Minaj didapati bersalah atas dakwaan merogol anak tirinya berusia 11 tahun semasa ibunya pergi bekerja.

    Jelani Maraj, 38, berdepan kemungkinan penjara seumur hidup atas pertuduhan tersebut.

    Namun peguamnya berkata Jelani merancang untuk mengemukakan rayuan.

    Selepas tamat sesi perbicaraan pada Khamis, Jelani dibawa keluar dari Mahkamah Daerah Nassau dalam keadaan bergari dan dibawa ke penjara daerah tersebut.

    Hakim juga tidak membenarkannya diikat jamin sementara menunggu pendengaran perbicaraan kes tersebut, lapor Newsday.

    Peguam Jelani berkata dalam perbicaraan yang berlangsung hampir sebulan, tuduhan rogol oleh ibu mangsa dibuat sebagai sebahagian daripada skim untuk menuntut Nicki Minaj membayar wang sebanyak 25 juta dolar kepada keluarga tersebut.

    Dalam penutupan hujah pada Isnin, wakil Penolong Pegawai Daerah Nassau, Emma Slane menyifatkan tuntutan tersebut sebagai tidak munasabah.

    Mangsa rogol itu yang kini berusia 14 tahun memberi keterangan terperinci mengenai serangan seksual yang didakwa berlaku empat kali seminggu dan kadang-kala dua kali sehari, kebanyakannya dilakukan semasa dia tinggal bersendirian dengan Jelani.

    Pendakwa berkata bukti DNA yang ditemui pada seluar tidur mangsa sepadan dengan Jenali.

    Malah adik mangsa rogol itu turut memberi keterangan pada perbicaraan itu dengan mendakwa dia menyaksikan satu salah serangan dilakukan Jelani.-mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Abang Nicki Minaj Didakwa Rogol Anak Tiri "