• Abang Jo Mahu Integriti Jadi Gaya Hidup Rakyat Sarawak

    Published: Thursday, 2 November 2017
    A- A+

    Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mahu setiap rakyat Sarawak menjadikan integriti sebagai gaya hidup.

    Semasa menyampaikan Amanat Integriti 2017 YAB Ketua Menteri Sarawak bertemakan 'Memperkasa Integriti & Tadbir Urus Untuk Pembangunan Mapan', Menteri Muda Utiliti, Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, Abang Johari memberi penekanan tentang kepentingan menghayati integriti dan mengamalkan akauntibiliti dalam amalan, tugas serta kehidupan seharian.

    "Berucap secara 'off the cuff' menunjukkan kesungguhan dan betapa seriusnya YAB Ketua Menteri (Abang Johari) ingin menyerap amalan integriti sebagai budaya hidup rakyat Sarawak di semua peringkat," katanya.

    Menurutnya, Sarawak mampu menjadi sebuah negeri yang maju dan makmur seandainya pelaksanaan proses pembangunan negeri dilaksanakan secara telus efisien serta ikhlas.

    "Untuk tujuan ini setiap peringkat termasuk pemimpin negeri, penjawat awam, pihak swasta kepimpinan masyarakat hingga ke pembangunan rakyat jelata secara keseluruhan perlu sama mengamalkan integiriti," ujarnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Abang Jo Mahu Integriti Jadi Gaya Hidup Rakyat Sarawak "