• Abang Jo lebih Vokal Bangkit Isu Tanah

    Published: Monday, 27 November 2017
    A- A+
    "Kita tidak perlu undang-undang rimba," kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyingkap tentang undang-udang tanah adat yang perlu dipinda jika ia tidak bersesuaian pada masa kini.

    Ia bukanlah semudah seperti menyebut secara lisan tanpa perbincangan dan kaji selidik yang mendalam. Isu tanah adalah sesuatu yang sensitif dan perlu mekanisma yang sesuai untuk mendefinisikannya.

    Adalah lebih baik hal sedemikian dibincang dalam satu jawatankuasa yang akan mengumpul maklum balas dari pakar, pemimpin dan rakyat.

    Meminda undang-undang mungkin boleh dikatakan mudah tetapi adakah pelaksanaannya akan memberi impak menang-menang kepada semua kaum di negeri ini?

    Dalam hal ini, Abang Jo ternyata lebih vokal kerana bekerja keras mempertahan hak tanah rakyat, termasuk mewujudkan jawatankuas khas berhubung NCR, agar hak tanah rakyat tidak terpinggir.

    Apa yang Abang Jo mahu, hasil perbincangan melalui jawatankuasa tersebut harus menemui penyelesaian holistik dengan mengutamakan hak semua kaum.

    Tujuannya untuk mencari penyelesaian yang akan mencapai kata sepakat yang dipersetujui oleh semua kaum untuk memudahkan ia dipinda.

    Abang Jo tidak membuat keputusan menggunakan sentimen semata-mata, atau melihat kepada kepetingan satu kaum sahaja. Sebaliknya beliau melihat jauh ke hadapan agar dapat satu serta penyelesaian dapat dicapai. – Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Abang Jo lebih Vokal Bangkit Isu Tanah "