• 9 November Bicara Pemimpin Catalonia

    Published: Friday, 3 November 2017
    A- A+

    MADRID: Mahkamah Agung Sepanyol menetapkan 9 November depan untuk perbicaraan bekas anggota Parlimen Catalonia yang dibubarkan, termasuk Speaker Carme Forcadell, bagi tuduhan hasutan dan pemberontakan dalam usaha merdeka dari Madrid.

    Enam pemimpin Catalonia itu diarahkan hadir ke mahkamah untuk disoal hakim, semalam, dengan tuduhan yang membawa hukuman sehingga 30 tahun jika sabit kesalahan.

    Sementara itu, di Mahkamah Kebangsaan Madrid lapan bekas anggota kerajaan Catalonia turut disoal hakim dalam siasatan gerakan pemisahan itu.

    Mantan presiden Catalonia, Carles Puigdemont dan empat bekas menterinya bagaimanapun tidak hadir apabila gagal pulang susulan pergi ke Belgium selepas dipecat kerana mengisytiharkan kemerdekaan, Jumaat lalu yang turut melihat Madrid mengambil alih kuasa pemerintahan di wilayah separa berautonomi itu.

    Puigdemont dalam satu kenyataan menyelar ‘perbicaraan politik yang diarahkan kerajaan Sepanyol’ dan desas-desus turut menyatakan kemungkinan dia meminta suaka - sesuatu yang dinafikan pemimpin itu.

    Sebaliknya, dia menegaskan cuma akan pulang ke Sepanyol jika dijamin mendapat perbicaraan adil.-AFP

    Subjects:

  • No Comment to " 9 November Bicara Pemimpin Catalonia "