• 9 Briged Anjur Majlis Khatan Jamaie

    Published: Tuesday, 28 November 2017
    A- A+


    SIBU: Seramai 33 orang kanak-kanak muslim dan 11 orang kanak-kanak bukan muslim daripada anak-anak Pegawai dan anggota lain-lain pangkat telah menyertai Majlis Khatan Jamaie peringkat 9 Briged. 

    Majlis ini diadakan selama satu hari dan dirasmikan oleh Ketua Staf 9 Briged, Leftenan Kolonel Jauhari bin Talib di Dewan RASCOM, Kem RASCOM. 

    Difahamkan, majlis tersebut dimulakan dengan perarakan dari pasukan 9 Komp Angkut KPD menuju ke Dewan RASCOM lalu kanak-kanak yang terlibat dimandikan dengan pancutan air bomba sebagai simbolik berkhatan.

    Objektif program ini dilaksanakan ialah untuk menyediakan kemudahan khidmat berkhatan dan memupuk semangat kemasyarakatan di kalangan ibubapa dan kanak-kanak disamping untuk memenuhi aktiviti sempena cuti persekolahan kepada anak-anak warga 9 Briged.

    Turut hadir semasa dalam perasmian tersebut ialah Timbalan Komandan Rejimen 510 Askar Wataniah Leftenan Kolonel Zakaria bin Abdul Rahman dan pegawai-pegawai di bawah naungan 9 Briged.

    -Briged Kesembilan Infantri Malaysia-
  • No Comment to " 9 Briged Anjur Majlis Khatan Jamaie "