• 790,186 Rakyat Malaysia Disenarai Hitam - KP Imigresen

    Published: Monday, 27 November 2017
    A- A+

    SEPANG — Seramai 790,186 rakyat Malaysia telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen daripada meninggalkan negara ini dengan lebih separuh daripada mereka adalah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

    Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafar Ali berkata sejumlah 447,890 peminjan PTPTN, yang tidak membayar semula pinjaman, merupakan golongan terbesar yang dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara.

    Selain itu, katanya, 138,028 orang merupakan disenarai hitam oleh Jabatan Insolvens dikuti Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN) (107,884), Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) (7,024), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) (6,091) Jabatan Imigresen (1,543) dan 81,726 orang melibatkan agensi-agensi lain.

    Justeru, bagi mengelak masalah sebelum ke luar negara, Jabatan Imigresen menyediakan perkhidmatan Kisok Prasemakan Senarai Hitam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi membolehkan rakyat Malaysia menyemak status mereka sebelum ke luar negara.

    "Kita menyediakan tiga kiosk ini di Balai Pelepasan KLIA dan ia turut disediakan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2) dalam tempoh sebulan manakala di lapangan terbang lain akan disediakan dari masa ke semasa,” katanya pada pada sidang media selepas pelancaran kiosk berkenaan di sini hari ini.

    Mustafar berkata orang ramai boleh menyemak di kiosk itu sebelum melakukan urusan daftar masuk untukmengelakkan sebarang penangguhan masa berlepas serta kesesakan di kaunter pasport Imigresen.

    "Ini merupakan usaha Jabatan Imigresen bersama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) serta Majlis Operasi Penerbangan (AOC) bagi meningkatkan mutu perkhidmatan di KLIA dan klia2," katanya.

    Beliau berkata terdapat beberapa komponen utama yang diuji melalui perkhidmatan kiosk seperti aliran biasa (pasport dengan cap jari dan tanpa data cap jari), pasport yang disenarai hitam, pasport dibatalkan serta tamat tempoh.

    Selain mereka yang disenarai hitam, katanya, teknologi kiosk berkenaan turut mengesan masalah berkaitan pasport lain termasuk pasport hilang dan sah kurang daripada enam bulan sertasusupek senarai hitam memliki lebih daripada satu pasport.

    Menurutnya, sejak ditempatkan di KLIA, kira-kira 200 penumpang telah melakukan semakan di kiosk berkenaan.

    -- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " 790,186 Rakyat Malaysia Disenarai Hitam - KP Imigresen "