• 40,000 Penduduk Sekitar Gunung Berapi Bali Dipindahkan

    Published: Monday, 27 November 2017
    A- A+


    JAKARTA - Agensi pencegahan bencana Indonesia melaporkan sebanyak 40,000 orang penduduk dipindahkan dari kawasan berhampiran Gunung Berapi Agung ketika puluhan ribu lagi diminta berpindah ketika amaran letupan besar dikeluarkan hari ini.

    Jurucakap agensi pencegahan bencana Indonesia, Sutopo berkata, 40,000 daripada 100,000 orang penduduk yang tinggal dalam jarak 8-10 kilometer daripada zon pengasingan telah berpindah dari sekitar Gunung Agung.

    “Kami meminta penduduk di kawasan zon bahaya supaya berpindah segera kerana terdapat potensi letupan lebih besar berlaku,” kata Sutopo. - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " 40,000 Penduduk Sekitar Gunung Berapi Bali Dipindahkan "