• 4 Selamat Dalam Pertembungan Pikap, Lori Membawa Muatan Sapi

    Published: Friday, 3 November 2017
    A- A+

    SARATOK: Seorang kanak-kanak berusia setahun antara empat mangsa yang selamat dalam kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan lori membawa muatan sapi di Jalan Saratok - Sarikei pagi tadi.

    Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, ketika kejadian lori yang membawa muatan sapi itu dari arah bertentangan.

    "Kesemua mangsa dilaporkan selamat dan tiada (mangsa) yang tersepit ketika kemalangan berlaku," katanya.

    Beliau berkata, anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian melakukan pembersihan bagi menghilang kesan minyak di permukaan jalan raya.-Sarawakiana



  • No Comment to " 4 Selamat Dalam Pertembungan Pikap, Lori Membawa Muatan Sapi "