• 4 Pemain Kaki Kiri Sasaran Manchester United

    Published: Tuesday, 28 November 2017
    A- A+

    Manchester United cuba mengatasi masalah bahagian serangan tidak seimbang apabila mensasarkan empat pemain kaki kiri pada jendela perpindahan musim panas.

    Jose Mourinho sudah mengenal pasti beberapa kelemahan skuad itu yang perlu diperkuatkan selepas gagal mendapatkan pemain sayap handalan Internazionale Ivan Perisic sebelum ini.

    Mourinho minggu lalu mengakui pasukannya tidak menjaringkan cukup gol dan hanya baru mendapatkan seorang penyerang pada jendela perpindahan sebelum ini.

    United kini berminat mendapatkan pemain bek kiri Tottenham Danny Rose, penyerang Atletico Madrid dan Antoine Griezmann yang masih terbuka menyertai kelab EPL itu sekalipun pernah menolak tawaran Old Trafford sebelum ini.

    United turut memantau perkembangan semasa Gareth Bale di Real Madrid biarpun pemain Wales itu kerap mengalami kecederaan di Sepanyol.

    United juga menunjukkan minat terhadap perancang Arsenal, Mesut Ozil yang bebas untuk melakukan rundingan bersama kelab pencabar itu pada Januari ketika kontraknya kini hanya berbaki enam bulan sebelum berakhir.

    Ozil, 29, dinasihatkan mengurangkan rundingan kontrak bersama Arsenal jika dia mahu mengesahkan perpindahan ke United.-Manchester Evening News

    Subjects:

  • No Comment to " 4 Pemain Kaki Kiri Sasaran Manchester United "