• 4 Maut Selepas Minum Arak Beracun Di Hungary

    Published: Wednesday, 8 November 2017
    A- A+

    BUDAPEST: Empat orang termasuk seorang remaja maut selepas minum arak buatan sendiri yang dipercayai mengandungi toksin yang boleh membawa maut.

    Kes itu dilaporkan berlaku di sebuah kampung di Damoc, yang terletak kira-kira 310 kilometer di timur laut Budapest.

    Menurut polis dan kakitangan hospital, dua lelaki maut semalam selepas minum minuman yang mengandungi methyl-alcohol berlebihan, manakala dua lagi mangsa, iaitu wanita berusia 68 tahun dan remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan meninggal dunia minggu lalu.

    Ketua hospital daerah Borsod-Abauj-Zemplen di bandar Miskolc, Sandor Tiba, berkata empat lagi penduduk kampung masih menerima rawatan selepas disyaki minum samsu buatan sendiri.

    Sehubungan itu, jurucakap mahkamah di Miskolc berkata, polis menahan pembuat arak dan seorang lagi suspek yang dipercayai menjual satu liter minuman itu kepada remaja lelaki terbabit atas tuduhan membunuh.

    Pada 2010, Parlimen Hungary meluluskan undang-undang yang membenarkan rakyatnya menghasilkan arak buah-buahan tidak melebihi 50 liter untuk kegunaan sendiri. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " 4 Maut Selepas Minum Arak Beracun Di Hungary "