• 3,700 tan minyak sawit bernilai RM18.5 juta dirompak

    Published: Friday, 24 November 2017
    A- A+
    Foto BNBBC
    Sebuah kapal, Baj Ever Omega yang membawa muatan 3,700 tan minyak sawit bernilai kira-kira RM18.5 juta dilarikan sekumpulan perompak bersenjata di perairan Singkawang, Indonesia kelmarin.

    Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Madya Datuk Mohd. Taha Ibrahim berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian rompakan itu melalui laporan polis yang dibuat oleh pemilik kapal berkenaan iaitu Syarikat Pengangkutan Kekal Sdn. Bhd.

    Menurutnya, berikutan maklumat tersebut, Maritim Malaysia menghubungi pihak berkuasa Indonesia untuk meminta kerjasama maritim Indonesia bagi mengesan dan menyelamatkan kapal yang dilarikan.

    “Semalam pihak Indonesia telah memaklumkan Maritim Malaysia bahawa mereka telah menjumpai baj Ever Omega bersama enam anak kapal (lima Indonesia dan seorang India) dalam keadaan selamat.

    “Pihak Maritim juga telah meminta pihak Indonesia untuk mengesahkan muatan baj turut selamat atau tidak, namun kami belum memperoleh sebarang maklum balas dari mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.- BNBBC News

    Subjects:

  • No Comment to " 3,700 tan minyak sawit bernilai RM18.5 juta dirompak "