• 36 Penghuni Rumah Gawan Lepong Balleh Terjejas

    Published: Thursday, 23 November 2017
    A- A+
    Foto ihsan Bomba
    KAPIT: Seramai 36 penghuni Rumah Gawan Lepong Balleh Jalan Melekun gempar apabila kejadian tanah runtuh berlaku di bahagian belakang rumah kediaman mereka dekat sini awal pagi tadi.

    Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 2 pagi itu empat rumah yang terletak di lereng bukit itu terjejas dan tiga daripadanya mengalami kerosakan di bahagian dapur manakala sebuah rumah musnah sepenuhnya.

    Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus laporan diterima.

    Sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya melakukan pemantauan di kawasan sekitar dan anggotanya bertindak mencabut fius utama rumah-rumah yang terjejas bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

    "Sawar-sawar dipasang dan pihak kami menasihati agar penghuni tidak masuk ke rumah masing-masing atas faktor keselamatan" katanya.

    Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dan kesemua penghuni telah diarahkan mengosongkan kediaman masing-masing buat sementara waktu.-Sarawakiana
  • No Comment to " 36 Penghuni Rumah Gawan Lepong Balleh Terjejas "