• 3.6 Juta Rakyat Malaysia Hidap Diabetes

    Published: Tuesday, 14 November 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR – Kes diabetes terus meningkat di negara ini dengan anggaran kira-kira 3.6 juta rakyat Malaysia kini menghidap penyakit itu.

    Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata kira-kira 1.8 juta lagi rakyat Malaysia mungkin ada diabetes tetapi mereka tidak menyedarinya kerana tidak pernah menjalani saringan kesihatan.

    Melalui saringan yang tetap dan berkala, penyakit diabetes boleh dikesan pada peringkat awal dan rawatan optima boleh diberikan, katanya dalam kenyataan sempena Hari Diabetes Dunia.

    “Ini akan mengurangkan risiko komplikasi akibat diabetes dan membolehkan pesakit diabetes menjalani kehidupan yang normal,” katanya.

    Beliau berkata peningkatan tahap kesedaran orang ramai terhadap penyakit itu, risiko penyakit dan kepentingan saringan kesihatan diharap dapat mengubah tingkah laku rakyat Malaysia dalam usaha mencegah dan mengawal penyakit itu.

    Ia seterusnya akan mengurangkan risiko kematian pramatang akibat dari komplikasi diabetes, katanya. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " 3.6 Juta Rakyat Malaysia Hidap Diabetes "