• 35.8 Peratus Rakyat Sarawak Alami Masalah Kesihatan Mental

    Published: Wednesday, 1 November 2017
    A- A+

    Sebanyak 35.8 peratus daripada kira-kira 2.7 juta rakyat Sarawak mengalami masalah kesihatan mental, kata Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah.

    Ia berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (KMKK) yang dilaksanakan pada 2015 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    Memetik laporan Utusan Borneo, Fatimah berkata, kajian tersebut juga menyaksikan Sarawak berada pada kedudukan keempat masalah kesihatan mental tertinggi dalam kalangan penduduknya.

    "Kajian mendapati Sabah di tempat pertama iaitu 42.9 peratus daripada penduduknya mengalami masalah kesihatan mental, diikuti Kuala Lumpur (39.8 peratus), Kelantan (39.1 peratus) dan Sarawak (35.8 peratus).

    "Kajian turut mendapati satu daripada penduduk Malaysia mengalami isu berkaitan masalah mental," katanya.

    Selain itu, Fatimah berkata, KKMK 2015 menunjukkan prevalen masalah kesihatan mental paling tinggi dalam kalangan penduduk berumur 16 hingga 19 tahun dan merupakan golongan berpendapatan rendah iaitu 29.2 peratus atau kira-kira 4.2 juta.

    "Hal ini sudah tentu memberi kesan kepada tahap produktiviti dan perkembangan ekonomi negara dan negeri secara tidak langsung kerana ia banyak melibatkan golongan muda dan bekerjaya," ujarnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " 35.8 Peratus Rakyat Sarawak Alami Masalah Kesihatan Mental "