• 35 Cedera Dilanda Puting Beliung

    Published: Friday, 24 November 2017
    A- A+

    JAKARTA: Lebih 35 orang cedera dengan hampir 600 buah rumah rosak teruk selepas bencana puting beliung melanda kawasan yang padat dengan penduduk di wilayah Jawa Timur.

    Ketua agensi pencegahan bencana tempatan, Dwidjo Prawito ketika dihubungi menerusi telefon berkata, puting beliung dengan kelajuan 70 kilometer sejam membadai kawasan Sidoarjo selama kira-kira lima minit.

    Video dimuat naik di media sosial menunjukkan bahagian bumbung sebuah bangunan dan serpihan melayang ke udara di Sidoarjo yang terletak di selatan bandar kedua terbesar Indonesia di Surabaya.

    Dwidjo berkata, kira-kira 100 orang ditempatkan di sekolah rendah sementara yang lain menumpang rumah saudara mara. - REUTERS


    Subjects:

  • No Comment to " 35 Cedera Dilanda Puting Beliung "