• 3 sindiket dadah tumpas

    Published: Tuesday, 21 November 2017
    A- A+


    JABATAN Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur berjaya menumpaskan rangkaian sindiket pengedaran dadah didalangi warga tempatan dan asing dalam tiga serbuan berasingan di ibu kota, Sabtu lalu.

    Ketua JSJN Kuala Lumpur Asisten Komisioner Adnan Azizon berkata, dalam serbuan pertama, seorang lelaki tempatan dan wanita warga Indonesia berusia 29 tahun ditahan di sebuah kondominium di Jalan Cendana, Off Jalan Sultan Ismail.

    Menurutnya, dalam serbuan itu, 200 pil eramin 5 dan 13 paket syabu dengan nilai keseluruhan RM28,000 ditemui.

    “Ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif methamphetamine dan mereka direman selama enam hari hingga Jumaat ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Adnan berkata, dalam serbuan kedua di sebuah pusat hiburan di Jalan Metro Pudu 2, polis menahan seorang lelaki berusia 20 tahun dan merampas lima paket ketamin, 16 pil eramin 5, 29 biji ekstasi dan lima batang rokok disyaki mengandungi ganja.

    Katanya, suspek kemudian menunjukkan polis satu almari simpanan yang digunakan untuk menyimpan serbuk ekstasi dan empat botol minuman dipercayai dadah cecair.

    “Suspek direman selama tujuh hari hingga Jumaat ini.

    “Dalam serbuan ketiga di sebuah perumahan rakyat di Jalan Hiliran Ampang, polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun dan merampas 10 paket syabu serta satu ketulan mampat ganja dengan keseluruhan rampasan bernilai RM18,000.

    “Ujian saringan mendapati suspek positif methamphetaminee dan direman sehingga Khamis,”€ katanya.

    Beliau berkata, dengan kejayaan serbuan ini, polis berjaya menumpaskan beberapa rangkaian pengedaran dadah di Lembah Klang.-hmetro

    Subjects:

  • No Comment to " 3 sindiket dadah tumpas "