• 2,709 mangsa dipindahkan di SPU

    Published: Sunday, 5 November 2017
    A- A+

    BUTTERWORTH - Sebanyak 2,709 mangsa daripada 603 keluarga masih berada di 15 pusat pemindahan banjir di daerah Seberang Perai Utara (SPU) setakat pukul 6 petang ini.

    Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, antara pusat pemindahan dengan mangsa teramai adalah Sekolah Kebangsaan Bertam Indah dengan 690 mangsa, Kubang Menerong (431 orang) dan Dewan Masjid At Taqwa, Mak Mandin (107 orang).

    Menurutnya, seramai 88 anggota polis dan pegawai kini ditugaskan 24 jam bagi memantau keadaan dan akan bertindak segera apabila diperlukan.

    "Terdapat juga kes pokok tumbang di hampir tujuh kawasan dan melibatkan satu kematian lelaki Myanmar di Kampung Perlis, Bagan Dalam malam tadi," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " 2,709 mangsa dipindahkan di SPU "