• 26 Maut Gereja Diserang

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+

    HOUSTON: Kira-kira 26 orang maut selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di sebuah gereja di Sutherland Springs, Texas pada Ahad, lapor agensi berita China Xinhua.

    Gabenor Texas, Greg Abbott berkata, serangan itu disifatkan paling dahsyat dalam sejarah Texas.

    Difahamkan kebanyakan mangsa yang terbunuh berumur antara lima hingga 72 tahun.

    Peguam Negara Texas, Ken Paxton memberitahu media tempatan, kejadian dipercayai berlaku apabila seorang lelaki meluru masuk ke gereja kira-kira pukul 11.30 pagi sebelum melepaskan tembakan.

    Penyerang dikenal pasti sebagai Devin Kelly, 26.

    Media tempatan melaporkan, penyerang menggunakan senapang dan memakai jaket balistik. Penyerang kemudian berjaya ditembak mati anggota polis.

    Lapan mangsa yang cedera dirawat di Hospital Universiti, San Antonio dan jumlah itu mungkin akan bertambah.

    Serangan berlaku di Gereja First Baptist di Sutherland Springs, kira-kira 35 kilometer di tenggara San Antonio.-BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " 26 Maut Gereja Diserang "